News more...
22-Mar-2022
Kerja-kerja menaik taraf Kompleks Kolam Renang Awam, Seberang Jaya
Kerja-kerja menaik taraf Kompleks Kolam Renang Awam, Seberang Jaya bernilai RM3 juta bakal bermula April ini dan dijangka mengambil masa lapan hingga 12 bulan untuk disiapkan. Projek menaik taraf, mengurus dan menyelenggara kompleks berkaitan dibuat melalui Request for Proposal (RFP) dan tidak melibatkan peruntukan daripada Kerajaan Negeri. Adalah diharapkan agar projek berkaitan dapat menjadi produk transformasi yang sangat penting untuk pertumbuhan budaya kesukanan sekali gus melahirkan atlet renang terbaik di Pulau Pinang.