News more...
8-Aug-2024
PENUTUPAN SEMENTARA KOMPLEKS SUKAN BALIK PULAU
Pada 8 Ogos 2024, jam 11.04 pagi, berlaku litar pintas di Kompleks Sukan Balik Pulau, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Pemeriksaan di tapak mendapati kejadian berpunca daripada kabel bekalan kuasa yang terbakar. Papan suis utama tidak selamat untuk digunakan. Usaha untuk memulihkan bekalan elektrik sedang diusahakan namun didapati kerja-kerja pembaikan akan mengambil tempoh masa lebih lama. Sehubungan dengan itu, tempahan dan penggunaan Kompleks Sukan Balik Pulau akan ditutup dari 08.08.2024 hingga 01.09.2024. Kerja-kerja pengantian papan suis utama akan dijalankan pada 26 Ogos 2024 sehingga ke 29 Ogos 2024. Papan suis utama baru akan tiba ditapak pada 25 Ogos 2024. Bangunan Kompleks Sukan Balik Pulau buat masa kini tidak mempunyai bekalan eletrik. Pihak Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau Pinang mohon maaf atas perkara ini dan segala kesulitan adalah amat dikesali. Sekian, terima kasih PENGARAH EKSEKUTIF PERBADANAN STADIUM DAN KAWASAN LAPANG PULAU PINANG 8 Ogos 2024