News more...
6-Sep-2022
𝐊𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐤𝐬 𝐊𝐨𝐥𝐚𝐦 𝐑𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐰𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐲𝐚
Kerja-kerja Penaiktarafan Kompleks Kolam Renang Awam Seberang Jaya sedang giat dijalankan dan dijangka akan siap dan dibuka kepada orang awam selepas pertengahan tahun 2023. Satu sidangan media telahpun disempurnakan oleh YB. Soon Lip Chee, EXCO Belia Dan Sukan merangkap Ahli Lembaga Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau Pinang pada 6 September 2022 berjam 10.00 pagi. Majlis ini turut dihadiri oleh Y.Brs. Zul Kahar Bin Khamis, Pengarah Eksekutif Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau Pinang, Puan Norhayati Binti Sulaiman, Pengarah Jabatan Kemasyarakatan, Majlis Bandaraya Seberang Perai, wakil daripada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Permatang Pauh & wakil daripada tetuan D Swim Academy Sdn Bhd.