News more...
29-Oct-2022
MAJLIS PECAH TANAH CADANGAN PEMBINAAN KOMPLEKS SUKAN POKOK SENA PULAU PINANG FASA 1
Majlis Pecah Tanah Cadangan Pembinaan Kompleks Sukan Pokok Sena Pulau Pinang Fasa 1 dibawah Perbadanan Stadium & Kawasan Lapang Pulau Pinang telah disempurnakan oleh YAB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang pada hari ini. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Yb Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin, Yb Soon Lip Chee Exco Belia dan Sukan, Pengarah Eksekutif Tuan Zul Kahar bin Khamis dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang Tuan Harry Chai Heng Hua. Pembinaan Kompleks Sukan Pokok Sena Pulau Pinang ini untuk penambahbaikan dan pembangunan baru terhadap padang bola sepak mengikut piawaian & spesifikasi bertaraf FIFA yang telahpun dilaksanakan beserta pembinaan laluan trek berjogging komuniti yang bakal disiapkan pada pertengahan bulan Disember 2022. Fasa 2 dan 3 akan menyusuli selepas itu dengan pembinaan grandstand penonton, sebuah gelanggang futsal dan dewan serbaguna untuk kemudahan komuniti setempat di Daerah Seberang Perai Utara.