About Us
Maklumat Am
Nama Perbadanan | : | Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau Pinang |
Nama Pemilik | : | Kerajaan Negeri Pulau Pinang |
Penubuhan | : | Ditubuh bawah Enakmen Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau Pinang 2017 |
Tarikh Beroperasi | : | 2 Januari 2020 |
Alamat Surat Menyurat | : | Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan, 14100, Simpang Ampat, Pulau Pinang. |
e-mel | : | general@psdklpp.gov.my |
No. Telefon | : | 04-5899 209 |
Penubuhan Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau Pinang
Majlis Mesyuarat Kerajaan [MMK] yang bermesyuarat pada 21 September 2016 dan disahkan pada 28 September 2016 telah memutuskan supaya diwujudkan Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau Pinang bagi mengurus stadium, kemudahan sukan, kawasan lapang dan taman rekreasi di Pulau Pinang.
Susulan dari itu, Rang Undang-Undang Enakmen Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau Pinang 2017 telah dibentang, dibahas dan diluluskan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Ketiga Belas pada 25 Mei 2017 dan diwartakan pada 28 September 2017.
Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau Pinang bermula operasi pada 2 Januari 2020.
Objektif utama penubuhan Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau Pinang adalah untuk membangun, mengurus, mengawal dan menyelenggara stadium dan kawasan lapang di Pulau Pinang.

