Open Tender more...
12-Jan-2026
PERKHIDMATAN PERLANTIKAN PANEL KLINIK (PERUBATAN) SERTA INSURAN PERUBATAN KEPADA KAKITANGAN PERBADANAN STADIUM DAN KAWASAN LAPANG PULAU PINANG BAGI TAHUN 2026/2027
1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia serta mempunyai sijil-sijil berkaitan yang masih sah tempoh lakunya dibenarkan membuat tawaran pada masa ini. 2. Dokumen Sebut Harga boleh DIDAPATI dengan PERCUMA secara online dan dimuat turun melalui Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP) mulai 12 Januari 2026 (Isnin). 3. Dokumen Sebut Harga yang dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta ditandakan No. Sebut Harga di sebelah kanan atas sampul surat. Dokumen Sebut Harga tersebut mestilah sampai sebelum atau pada 26 Januari (Isnin) jam 12.00 tengah hari dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Peti Tender, Pejabat Pengurusan Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau Pinang, Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan, 14100, Simpang Ampat, Pulau Pinang. Tawaran yang dikemukakan selepas masa dan tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. 4. Bukti Penghantaran Tidak Dianggap Sebagai Bukti Penerimaan dan semua kos berkaitan dengan tawaran sebut harga di atas adalah menjadi tanggungjawab kontraktor terbabit. Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau Pinang tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah/tertinggi atau sebarang tawaran. Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut. 5. Setiap tawaran harga adalah sah bagi tempoh 90 hari dari tarikh peti sebut harga ditutup. Iklan ini juga boleh diakses melalui laman web http://ep.penang.gov.my. Tarikh Tutup : 26 Januari 2026