Login BM | EN

Perbadanan Stadium & Kawasan Lapang Pulau Pinang

Home
About Us
Announcement
News
Vacancy
Open Tender
Facility Booking
Our Facilities
DEWAN MILENIUM, KEPALA BATAS
KOMPLEKS SUKAN BALIK PULAU, DAERAH BARAT DAYA
KOMPLEKS SUKAN DAN REKREASI JALAN BETEK , SEBERANG PERAI TENGAH
KOMPLEKS SUKAN DAN REKREASI SONY SEBERANG JAYA, SEBERANG PERAI TENGAH
KOMPLEKS SUKAN POKOK SENA
STADIUM NEGERI PULAU PINANG, BATU KAWAN
Select Event
Contact Us

News

12-Jul-2022

MAJLIS PECAH TANAH CADANGAN PEMBINAAN NIBONG TEBAL ARENA DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Satu Majlis Pecah Tanah bagi Cadangan Pembinaan Nibong Tebal Arena, Daerah Seberang Perai Selatan telah diadakan pada 12 Julai 2022 dan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Lembaga Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang. Nibong Tebal Arena ini dibina atas Tapak Kuarters Lama JKR di Jalan Bukit Panchor, Mukim 7, Daerah Seberang Perai Selatan dengan memuatkan sembilan (9) Gelanggang Badminton mengikut piawaian antarabangsa dan Dewan Serbaguna yang boleh digunapakai kepada penduduk setempat. Majlis ini turut dihadiri oleh YB. Soon Lip Chee, Exco Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang, YB. H’ng Mooi Lye, ADUN Jawi, YBrs. Tuan Zul Kahar Khamis, Pengarah Eksekutif Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang, Encik Ir. Ahmad Nadzri Bin Abdul Majid, Pengarah Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang dan YBrs, Encik Harry Chai Heng Hua, Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0Xjwg2dLQYsXWEZijcPX8pGcdzbhsAdBfd5hT4g4BmfCKaTUcosxDvNbVGPEiHcQfl&id=100057184970698

image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
image
1-Jul-2022

NOTIS PEMBERITAHUAN PENUTUPAN KEMUDAHAN

Harap diambil maklum bahawa kemudahan trek dan Balapan di Kompleks Sukan Jalan Betek, Seberang Perai Tengah akan ditutupkan mulai 1hb Julai 2022 hingga 31hb Disember 2022 bagi kerja-kerja menaiktaraf padang bola sepak Sebarang kesulitan adalah amat dikesali. Sekian untuk makluman Pihak Pengurusan Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau Pinang https://www.facebook.com/photo?fbid=510172820898879&set=a.258060466110117

image
15-Apr-2022

PEMBUKAAN TANDAS AWAM TAMAN ARECA LEBUH SUNGAI PINANG 7 KEPADA ORANG RAMAI

PEMBUKAAN TANDAS AWAM TAMAN ARECA LEBUH SUNGAI PINANG 7 KEPADA ORANG RAMAI Dimaklumkan bahawa Tandas Awam Taman Areca, Lebuh Sungai Pinang 7 telah dibuka kepada orang ramai mulai 15 April 2022 pada jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Pembersihan akan dijalankan sebanyak tiga (3) kali sehari bagi memastikan kebersihan dan keselesaan pengunjung di sepanjang waktu beroperasi. Sehubungan itu, pihak perbadanan memohon kerjasama daripada pengguna Tandas Awam Taman Areca untuk memastikan penggunaan yang berhemah dan sentiasa menjaga kebersihan tandas tersebut. Sebarang kerosakan boleh menghubungi Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau Pinang atas talian 04-5899 209 ataupun menghantar emel ke general.psdklpp.gov.my Sekian dan harap maklum.

image
  • ‹
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • ›
  • Home
  • News
  • Terms of Services
  • Facility Booking
  • Select Event
  • Privacy Policy
  • User Guide (Customer)
  • Contact Us
  • Stadium Negeri Pulau Pinang, Simpang Ampat, Malaysia
  • 04-589 9209
  • general@psdklpp.gov.my